Friday, April 10, 2009

ke-useless-an aku

1. aku tiada wang yg banyak.. jika utk berdating pun aku tak mampu buat masa ini
2. aku tiada dlsr... bilamana rakan terdekat membeli dslr yg baru.. hati jadi luka, dan semakin kecil... dan sememangnya aku kecil hati
3. aku masih berhutang dgn Noi sebanyak RM50.00 dan masih belum ada sinar harapan utk membayar dia.. aku bersyukur pada Tuhan kerana ada org seperti dia yg faham keadaanku walaupun terkadang tidak pernah aku memberi tahu dia.. mungkin kerana sudah lama mengenali diri masing-masing.. jadi tiada yang mudah untuk disimpan.. terima kasih Noi..
4. practical report aku yg terkandas kerana ketandusan idea untuk mengarang wa'imah sepotong ayat.
5. thesis aku yg juga tersangkut kerana masalah teknikal yg tidak putus-putus..
6. professional presentation yg amat banyak dan aku masih bingung kenapa ada tugasan sedemikian sedangkan pada awal semester, tiada langsung maklumat mengenainya.
7. aku masih belum ada pekerjaan.
8. aku cemburu rakan-rakan yg sudah bekerjaya. ada yg memberi kata2 semangat yg masa akan tiba.. tapi.. apa yg dirasa tak mungkin dapat aku lupakannya.
9. kawan ku dalam kesusahan dan aku sendiri tidak mampu membantunya, kerana kutahu aku jua sesesak dirinya..


No comments: